U Mobile Bekerjasama dengan Macro Kiosk
Syarikat telco yang agak muda di kalangan mereka kat Malaysia, U Mobile mengumumkan kerjasama terbaru mereka dengan Macro Kiosk Bhd. Macro Kiosk adalah sebuah syarikat teknologi mudah alih.
Kolaborasi antara U Mobile dan Macro Kiosk ini akan menyediakan Enterprise Messaging Services (EMS) melalui perkhidmatan baru Biz SMS Blast.
Perkhidmatan ini akan menyediakan satu kaedah yang pantas, mudah dan kos efektif untuk komunikasi massa dan perniagaan pasaran melalui kuasa SMS dengan komunikasi SMS dua hala. Ia akan membantu pelanggan perusahaan U Mobile membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan.
Jaffa Sany Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile berkata dalam satu kenyataan:
"Kami sentiasa membuat inisiatif strategik dalam menyediakan nilai yang lebih besar kepada semua pelanggan kami dan perkhidmatan ini adalah bukti kepada salah satu daripada usaha kami yang berterusan.Perkhidmatan ini adalah sesuai untuk perusahaan, peruncit, korporat dan pelanggan PKS. Ia mudah diuruskan dan titik tunggal sambungan serta sokongan menjadikan ia lebih efektif dari segi kos".
- Related Articles
- Seremban Aikido dojo wins Muhibbah Award
- For Sabah nun, Christmas means giving the gift of education
- Visiting villagers in need for two decades
- 修道馆弘扬和谐63载 芙合气道道场荣获亲善大奖
- Shudokan Terima Anugerah NPC-MACROKIOSK Muhibbah